by Wana 1.0
PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran
merupakan sesuatu proses...
1.0
PENGENALAN Perbincangan
artikel adalah terhadap perkaitan antara kecemerlangan kerja gu...
by Wana Cooperative learning is group learning activity
organised so that learning is dependent on so...
Permainan matematik boleh dikatakan sebagai suatu
aktiviti yang melibatkan seorang atau lebih daripada..
CONTOH ULASAN JURNAL by Laily
1.0 LATAR
BELAKANG
Jurnal ini merupakan hasil kajian
dan kertas cadangan oleh Mohd. Azhar Abd. Hamid, Sanitah Mohd. Yusuf, Esa
Khalid dan Othman A. Kassim dari Fakulti Pengurusan dan Pembangunan Sumber
Manusia, Universiti Teknologi Malaysia terhadap kepentingan kreativiti,
invensyen dan inovasi untuk dijadikan satu mata pelajaran di peringkat sekolah
menengah. Perbincangan dalam jurnal ini adalah untuk memberi gambaran yang
jelas kepada kumpulan sasarnya tentang pentingnya kreativiti, invensyen dan
inovasi dibangunkan sebagai satu mata pelajaran bagi membangunkan sumber daya
manusia Malaysia yang berdaya saing, berfikiran saintifik dan kreatif serta
lengkap dengan kebolehan bagi menyelesaikan sebarang masalah. Cadangan ini juga
telah disokong oleh penulis dengan memberikan rasional-rasional kepada
keperluan untuk mata pelajaran kreatif, invensyen dan inovasi ini dibangunkan.
Penulis juga telah memberikan cadangan kumpulan sasar, objektif dan isi
kandungan bagi mata pelajaran ini untuk dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
2.0 SASARAN
PEMBACA
Berdasarkan kepada tajuk fokus
kajian dan kertas cadangan jurnal ini adalah ditujukan kepada Kementerian
Pelajaran Malaysia sebagai pembuat dasar dan yang terlibat secara langsung
terhadap perubahan kurikulum dalam sistem pendidikan di Malaysia. Idea ini
kemudiannya dibuka kepada semua untuk dibincang dan dibahaskan bagi melihat
keperluan sebenar kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi menjadi suatu
mata pelajaran di peringkat sekolah menengah di Malaysia.
3.0 RUMUSAN
JURNAL
Secara keseluruhannya jurnal ini
cuba menyedarkanan semua tentang kepentingan kreativiti, invensyen dan inovasi
dibangunkan untuk kemajuan bangsa Malaysia serta kemampuan masyarakat Malaysia
untuk bersaing dengan negara luar yang telah lama membangunkan kreativiti,
invensyen dan inovasi ini. Menurut penulis lagi, walaupun terdapat kejayaan dan
pengikhtirafan luar terhadap kreativiti dan mengakui tentang kehebatan anak
Malaysia yang mempunyai invensyen dan inovasi terhadap permasalahan berkisar
kehidupan seharian seperti ‘Lat’ (menerima anugerah berprestij di Perancis atas
kreativiti, invensyen dan inovasi beliau), namun pada hakikat sebenarnya
kreativiti, invensyen dan inovasi masih belum benar-benar dimasyarakatkan dan
masih belum sebati dalam masyarakat Malaysia. Keadaan ini berbeza berbanding
dengan negara-negara maju seperti Amerika Syarikat, Jerman, Perancis dan
beberapa negara Asia seperti Korea Selatan dan Singapura yang sangat memandang
berat terhadap mata pelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi dalam sistem
pendidikannya. Saban tahun, negara-negara ini akan menganjurkan pelbagai
pertandingan yang berasaskan kepada kreativiti, invensyen dan inovasi.
Menurut
penulis lagi, walaupun terdapat kesedaran dan usaha-usaha gerakan literasi
kreatif dengan memberi penekanan terhadap mata pelajaran kemahiran berfikir
secara kreatif atau secara lateral seperti (1) oleh Universiti Utara Malaysia
dalam tahun 80-an di peringkat pengajian tinggi sehingga menular ke
universiti-universiti lain sehingga memungkinkan Institusi Pendidikan Tinggi
ketika itu memperkenalkan mata pelajaran yang berkaitan dengan kemahiran
berfikir seperti mata pelajaran elektif iaitu Pemikiran Kritis dan Kreatif (UHP
3122); (2) Begitu juga dengan MARA yang telah memperkenalkan kemahiran
pemikiran kritis ke seluruh institusi pendidikan MARA pada awal 90-an; (3) Ini
diikuti pula oleh Kementerian Pelajaran Malaysia yang memperkenalkan pendekatan
mengajar kemahiran berfikir kritis dan kreatif (KBKK) dalam sukatan di sekolah
sehingga Pusat Perkembangan Kurikulum membuat penyebatian kemahiran ini dalam
hampir semua mata pelajaran yang diajar dan membawa kepada penerbitan buku
panduan bagi menjalankan kemahiran berfikir kritis dan kreatif ini di peringkat
sekolah rendah dan sekolah menengah; (4) Pelbagai seminar, persidangan dan
kolokium berkaitan kemahiran berfikir juga telah dianjurkan di peringkat
university. Namun begitu, konsep KBKK yang diperkenalkan itu lebih menumpukan
kepada empat elemen iaitu pemikiran kreatif, pemikiran kritis, penyelesaian
masalah dan membuat keputusan (Lee, 1933). Pendekatan penyebatian (infusion)
ini juga lebih mementingkan penglahiran idea-idea konseptual berbanding
idea-idea praktikal (Ainon dan Abdullah, 1997).
Maka
sebab itulah, penulis melihat keperluan dan memberi cadangan kepada suatu mata
pelajaran baru yang perlu diperkenalkan melibatkan kreativiti, invensyen dan
inovasi di peringkat sekolah menengah. Penulis juga telah memberi rasional
kepada cadangan mata pelajaran ini iaitu dengan melihat kepada sejarah
perkembangan bentuk sistem pendidikan yang digunapakai; (1) bermula dengan
pendominasian sistem pendidikan oleh pendekatan kepintaran (intelligent) yang
diperkenalkan oleh Binet dan Terman (1060-an). Pada masa ini sistem pendidikan
lebih berorientasikan kepada dinamika kepintaran dari peringkat prasekolah
sehingga ke institusi pengajian tinggi.
Namun begitu menurut penulis lagi
(2) perubahan terhadap sistem pendidikan telah berlaku akibat daripada
kesedaran yang bangkit selepas ucap tama J.P Guildford sebagai Presiden
Psikologi Amerika Syarikat yang mengkritik perkembangan budaya penyelidikan dalam
sains kognitif yang lebih memberi tumpuan terhadap pemikiran convergent berbanding divergent (Ruggiero,
2001).Selepas ucap tama ini, tumpuan banyak diberikan terhadap kebolehan
berfikir kreatif dan sekaligus menjadi suatu disiplin penting dalam
psikopendidikan. Nama seperti Edward de Bono (1970an) misalnya telah berjaya
meyakinkan sistem pendidikan dunia akan kepentingan kebolehan berfikir kreatif
ini dibangunkan dalam sistem pendidikan. Akibatnya, penulis menyatakan
negara-negara di dunia seperti Amerika Syarikat, Malta, Kanada, Israel,
Britain, Jepun, Singapura dan Malaysia telah memberi perhatian terhadap kemahiran
berfikir kreatif dalam sukatan pelajaran di negara masing-masing. Penulis juga
memetik pendapat de Bono (2000) iaitu;
“The
education system in every country is a disgrace. Where are the schools that
teach constructive thinking – the most important of all human skills? Where are
the school that teach ‘peracy’ pr the skills of doing? Where are the school
that teach how value is really created in society, by business, by government,
etc.? Education is driven by ‘continuity’ and not by any regard for the needs
of individuals or the needs of society”.
Penulis
juga memberikan senarai panjang para sarjana dan ilmuan yang telah menjalankan
pelbagai penyelidikan, pemerhatian, perbincangan intelektual, dan menghasilkan
penerbitan berkaitan dengan kreativiti yang boleh dijadikan rujukan, penting
kepada pengkaji dan pengamat kreativiti. Banyak juga teori dan pendekatan
daripada sarjana dan ilmuan ini telah menjadi rujukan bagi pembangunan
kurikulum bersepadu yang melibatkan keupayaan dan kebolehan berfikir dalam
kalangan pelajar dalam pelbagai peringkat pendidikan (Mohd Azhar, 2003).
3.1 PENILAIAN
3.1.1 TEMA
Penulis
telah memilih tema pendidikan dan pemikiran sebagai fokus utama penulisan
beliau pada kali ini. Ini bertepatan dengan sasaran utama penulisan beliau
iaitu kepada Kementerian Pelajaran Malaysia agar menerima kemahiran kreativiti,
invensyen dan inovasi sebagai suatu mata pelajaran di peringkat sekolah
menengah.
3.1.2 CIRI-CIRI
Penulisan
penulis ini lebih bercirikan kertas cadangan namun dipersembahkan dengan
mewujudkan ciri-ciri kajian dan dapatan. Bagi pengkaji penulis memilih
penulisan bercirikan kajian dan hasil dapatan adalah bagi menguatkan lagi hujah
agar boleh menyakinkan pembaca menerima pendapat beliau.
3.1.3 KAITAN
TEORI, PENDAPAT DAN AMALAN
Penulis
telah berjaya memberikan banyak pendapat daripada para sarjana dan ilmuan
tentang kesedaran pemikiran kreatif. Melalui pendapat dan amalan yang wujud ini
penulis cuba meyakinkan pentingnya pemikiran kreatif dibangunkan dalam sistem
pendidikan di Malaysia. Penulis banyak menggunakan pendapat ilmuan Levitt
(2003) terhadap kerugian yang ditanggung sekiranya sesebuah negara itu lewat
mengubah sistem pendidikan mereka daripada mementingkan kebolehan berfikir per
se kepada penekanan terhadap kebolehan rekacipta dan eksperimantasi. Melalui
pendapat Levitt (2003) lagi menyatakan “ideas are useless used. The
proof of their value is their implementation. Until then they are in limbo”membuktikan
pentingnya mengaplikasikan idea atau pemikiran yang ada itu. Sekali lagi
penulis menggunakan pendapat Levitt (2002) bila beliau menekankan bahawa
kebolehan berfikir itu hanya mampu menerbitkan individu atau masyarakat yang
memiliki kebolehan berfikir secara konseptual, tetapi tidak mampu melahirkan
individu dan masyarakat yang memiliki kebolehan inventif dan inovasi. Pendapat
Levitt (2002) itu yang berbunyi;
“…creativity
as it’s commonly defined-the ability to come up with brilliantly novel ideas –
can actually be destructive to businesses. By failing to take into account
practical matters of implementation, big thinkers can inspire organizationl
cultures dedicated to abstract chatter rather than purposeful action. In such
cultures, innovation never happens-because people are always talking about it
but never doing it”.
Selain
daripada pendapat ilmuan barat, penulis juga melihat kepada amalan dan usaha
yang dilakukan oleh Perdana Menteri-Perdana Menteri Malaysia walaupun bersilih
ganti namun melalui setiap dasar kerajaan yang diperkenalkan merupakan usaha
kerajaan membangunkan masyarakat Malaysia berbilang bangsa yang dibentuk secara
kreatif untuk membentuk suatu negara bangsa yang bermaruah, berdaulat dan
memiliki identity yang unik iaitu bersifat ‘The Truly Asia’. Hasrat Perdana
Menteri Malaysia yang keempat yang ingin menjadikan Malaysia sebagai sebuah
negara maju menjelang 2020 juga dijadikan sokongan oleh penulis bagi membuktikan
perlunya masyarakat Malaysia yang mempunyai kreativiti, invensyen dan inovasi
yang tinggi seperti petikan ucapan Perdana Menteri yang keempat (1991) ini
berbunyi;
“…amatlah
jelas bahawa sumber yang paling utama bagi sesebuah negara adalah bakat,
kemahiran, daya cipta dan daya usaha rakyatnya. Tenaga otak kita adalah sumber
yang jauh lebih berharga daripada sumber-sumber alam. Rakyat adalah sumber kita
yang utama. Tanpa ragu-ragu lagi, pada tahun 1990-an dan seterusnya, Malaysia
mestilah memberikan perhatian yang sepenuhnya terhadap pembangunan sumber yang
amat penting ini”.
Penulis
juga telah membawa pembaca melihat kepada nama-nama besar rakyat Malaysia yang
berjaya sehingga ke peringkat dunia seperti P. Ramlee (seniman), Lat
(kartunis), Hijjaz Kasturi (senibina), Ananda Krishnan (usahawan/koporat),
Prof. Awang Had Salleh, Prof. Naquib al-Attas, Prof. Ungku Aziz, Prof. Khoo Kay
Kim (para sarjana), Mokhtar Dahari (sukan), Chef Wan (tukang masak), Jimmy Khoo
(pereka kasut), Bill Keith (pereka fesyen) dan banyak lagi nama-nama yang telah
menjadi idola ramai peminat mereka. Bagi penulis, bukti nyata bahawa
Malaysia adalah sebuah negara yang kreatif adalah apabila ia memiliki sumber
daya manusia yang kreatif dan inovasi.
Penulis
juga membawa pembaca melihat kepada amalan organisasi kreatif yang dimiliki
Malaysia yang setaraf dengan organisasi lain di dunia dan telah menawarkan
kepakaran dan perkhidmatan di seluruh dunia seperti India, Pakistan, Iran,
Afrika Selatan dan sebagainya. Antara organisasi yang dimaksudkan ialah Telekom
Malaysia, Tenaga Nasional, MAS dan sebagainya. Di samping itu juga penulis
melihat perubahan dunia dalam era ICT dan globalisasi akan mempergiatkan dan
menggalakkan lagi pemikiran kreatif berkembang dengan cepat tanpa sempadan. Ini
membuatkan penulis mengambil pendapat Anne (1998) sebagai suatu yang perlu
diberi perhatian;
“For
success in this new era creativity is the key. With more and more of the
routine tasks taken over by machines, human contributions to the new age will
need focus on finding new directions, new ideas, ways of being that had not
been thought of before”.
Akhirnya,
penulis membawa pembaca melihat pendapat dunia terhadap Malaysia yang kini
telah jauh membangun dari segi fizikal, emosional dan patriotisme. Mempunyai
visi dan misi dalam memacu negara menjadi sebuah negara maju. Ekonomi Kini
Malaysia telah berkembang dan ini telah merubah beberapa kedudukan Malaysia
dalam senarai daya saing global. Namun sekali lagi penulis memetik pendapat
kali ini yang dibawa Matthew (1997) yang berbunyi;
“The
competition is fierce. In the wild market economy of today it is creasingly
difficulty to differentiate yourself. Most of what your business does could be
bought from someone else. There is only one way out. Do something that would
has not seen before. Innovate so that you are, for a moment, uniquely
competitive”.
3.1.4 KANDUNGAN
Secara
keseluruhan kandungan penulisan ini adalah mengenai keperluan Malaysia
membangunkan kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi kepada masyarakat
Malaysia. Penulis juga telah memberikan hujjah-hujjah dengan melihat kepada
impak yang diperoleh sekiranya mengamalkan kemahiran tersebut. Hujjah-hujjah
penulis juga disokong dengan member pendapat dan amalan yang telah dilakukan
dan siri kejayaan sebagai keperluan kepada pembangunan kemahiran kreativiti,
invensyen dan inovasi ini. Pelbagai rasional yang dikemukakan oleh penulis
tentang kebaikan, peluang dan kejayaan yang berasaskan kepada pemikiran kreatif
adalah semata-mata dibuat oleh penulis untuk menguatkan hujjah beliau supaya
cadangan penulis untuk menjadikan kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi
sebagai mata pelajaran di sekolah menengah diterima oleh pihak kementerian.
3.1.5 FAKTA
UTAMA
Fakta
utama yang dikemukakan oleh penulis ialah mengenai keperluan kemahiran
kreativiti, invensyen dan inovasi yang sangat perlu dibangunkan memandangkan
melalui kemahiran ini penulis telah membuktikan siri-siri kejayaan baik yang
bersifat individu berjaya, organisasi yang berjaya dan negara yang berjaya
semuanya melalui kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi yang dibangunkan
samada oleh diri sendiri mahupun kesedaran luar. Dari fakta utama inilah
penulis cuba menyakinkan kumpulan sasarnya tentang keperluan membangunkan
kemahiran kreativiti, invensyen dan inovasi sebagai mata pelajaran di peringkat
sekolah menengah lengkap dengan cadangan kumpulan sasaran mata pelajaran, objektif
mata pelajaran dan isi kandungan yang perlu diajar.
3.1.6 GAYA
PENULISAN
Gaya
penulisan penulis ini lebih kepada memberi hujjah, pendapat dan bukti serta
sokongan daripada para sarjana, ilmuan, ahli politik tidak kira dari luar atau
dalam negara. Namun begitu penulis menggunakan bahasa yang terus dan mudah
difahami tentang massage yang cuba dibawa dalam penulisannya
ini. Melalui sokongan dan bukti kejayaan yang dikemukakan juga, penulis
difikirkan berjaya meyakinkan pembaca tentang keperluan kepada kemahiran
kreativiti, invensyen dan inovasi dalam membangunkan modal insane masa kini.
3.1.7 KREDIBILITI
KANDUNGAN
Bagi
pendapat pengkaji, terdapat kredibiliti yang tinggi terhadap kandungan
penulisan penulis. Ini kerana setiap hujjah penulis disertakan dengan sokongan
pendapat para ilmuan, bukti-bukti amalan dan siri-siri kejayaan yang
meyakinkan. Bagi pengkaji penulis Berjaya menyakinkan pembaca dengan
kredibiliti kandungan yang dikemukakan ini.
3.1.8 KEKUATAN
DAN KELEMAHAN
Penulisan
jurnal ini mempunyai banyak kekuatan memandangkan penulis berpegang kepada
fakta dan pendapat-pendapat ahli sarjana dan pakar dalam menguatkan hujah yang
diberikan. Penulis ini juga, berjaya membawakan kesedaran kepada pembaca
tentang perkembangan dan impak terhadap kemahiran berfikir kreatif dalam sistem
pendidikan di Malaysia dari dahulu sehingga sekarang. Dari penulisan ini juga
penulis berjaya menyedarkan pembaca tentang kepentingan pembangunan kemahiran
kreativiti, invensyen dan inovasi kepada masyarakat Malaysia supaya mereka
menjadi masyarakat yang lebih kreatif dan mampu membuat invensyen dan mencipta
inovasi dalam kehidupan mereka.
3.2 REFLEKSI
3.2.1 KEKUATAN
DAN KELEMAHAN
Melalui penulisan ini pengkaji
menyedari keperluan penting bagi membangunkan kemahiran kreativiti kepada
setiap modal insan yang berada di sekolah khususnya. Ini kerana pelajar di
sekolahlah yang akan membesar menjadi masyarakat yang akan membangunkan negara
pada masa akan datang dengan invensyen dan inovasi yang boleh mereka hasilkan.
Namun demikian, menyedari Malaysia yang agak ketinggalan dalam bidang invensyen
dan inovasi ini adalah kerana kurangnya masyarakat Malaysia di dedahkan kepada
pemikiran kreatif. Melalui pendidikanlah satu-satunya cara yang paling berkesan
untuk menggalakkan pemikiran kreativiti, invensyen dan inovasi ini boleh
dibangunkan.
Menyedari,
selama ini walaupun sistem pendidikan telah memperkenalkan kemahiran berfikir
kritif dan kritis (KBKK) di sekolah dan Pusat Perkembangan Kurikulum juga telah
mencadangankan penyebatian pemikiran ini dalam hampir semua mata pelajaran,
namun ia sebenarnya gagal dilaksanakan. Keperluan menjana pemikiran dan budaya
kreativiti, invensyen dan inovasi ini hendaklah lebih bersifat praktikal dan
berorentasikan kepada pelajar agar mereka boleh membudayakan kemahiran ini
dalam kehidupan seharian mereka.
Di
samping itu juga, kesedaran sahaja terhadap keperluan menguasai kemahiran
kreativiti, invensyen dan inovasi ini tidak mencukupi jika tidak diikuti dengan
persekitaran yang kondusif bagi menggalakkan kreativiti, invensyen dan inovasi
dari terus berkembang. Menyedari akan hal ini, maka kini pelbagai pusat
kemahiran telah diwujudkan bagi menggalakkan pemikiran kreatif dibangunkan.
Dengan pemikiran kreatif akan menggalakkan invensyen dan inovasi baru yang
boleh dibangunkan.
Pemikiran
kreatif yang mampu menjana invensyen dan inovasi baru mampu menjadikan
masyarakat Malaysia berdaya saing bukan sahaja di peringkat tempatan tetapi
juga di persada antarabangsa. Selain itu, masyarakat Malaysia yang mempunyai
kreativiti yang tinggi juga mampu membuat invensyen dan inovasi dalam pelbagai
bidang di luar jangkauan kotak pemikiran biasa. Individu yang begini mampu
membawa nama Malaysia terkenal sehingga ke persada dunia.
Namun
demikian, di samping membangunkan kemahiran berfikir secara kreatif ini kepada
pelajar khususnya, para pendidik perlu ingat untuk menanamkan juga nilai murni
yang tinggi ke dalam setiap anak didiknya. Ini kerana, tidak dinafikan melalui
pemikiran kreatif ini pelbagai invensyen dan inovasi dapat diwujudkan baik
bersifat baik atau sebaliknya. Melalui pertimbangan wajar tentang nilai dan
kemuliaan hati yang disemai sejak kecil sahaja yang mampu menjadi panduan
kepada mereka untuk berkreatif, berinvensyen dan berinovasi ke jalan yang
sepatutnya.
Pengkaji
sangat sedar tentang pembudayaan pemikiran kreatif akan wujud dengan adanya
sokongan daripada semua pihak. Pemikiran yang kreatif juga akan menjana kepada
invensyen dan inovasi yang boleh mendatangkan impak positif atau negative
mengikut cara dan gaya berfikir penjananya. Apa yang lebih penting di sini
adalah keperluan membina jati diri yang kuat bagi setiap pelajar supaya
invensyen dan inovasi yang dijanakan akan hanya membawa kepada impak positif
dan membantu perkembangan ekonomi, politik, sosial dan teknologi negara
menjelang Malaysia ke arah sebuah negara maju seperti yang diaspirasikan oleh
mantan Perdana Menteri Malaysia dalam Wawasan 2020.
3.2.2 CADANGAN
PENAMBAHBAIKAN
Selain daripada mencadangkan mata
pelajaran kreativiti, invensyen dan inovasi diperkenalkan di peringkat sekolah
menengah dalam sistem pendidikan di Malaysia, pengkaji mencadangkan agar mata
pelajaran ini diadakan lebih awal, seawall di peringkat prasekolah. Ini kerana,
bagi pendapat pengkaji di peringkat awal kanak-kanaklah lebih mudah membentuk
pemikiran kreatif berbanding setelah meningkat dewasa. Pendapat ini sesuai
dengan pepatah Melayu yang menyatakan “melentur buluh biarlah dari rebungnya”.
Selain
daripada itu, dicadangkan juga pihak kementerian boleh mewujudkan sistem
sekolah berfokuskan kemahiran dan minat pelajar di peringkat awal usia pelajar.
Ini supaya pelajar yang berkecenderungan boleh dibentuk dengan lebih mudah dan
secara rela hati dalam menjana kreativiti, invensyen dan inovasi mereka.
Penekanan kepada pembelajaran yang berfokuskan intelekual perlulah
diseimbangkan dengan kemahiran secara hand on yang lebih diminati oleh pelajar
terutama di peringkat rendah. Ini semua bagi mengelakkan minat pelajar
terbantut dan tanpa disedari membunuh kreativiti mereka akibat daripada
penekanan terhadap peperiksaan yang melampau. Akhirnya pelajar akan tercicir,
menjadi masyarakat yang tidak kreatif dan tidak mampu berinvensyen dan
berinovasi terhadap persekitaran mereka. Sudah pasti keadaan ini akan hanya
merugikan diri mereka sendiri dan negara.
4.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya dapatlah
disimpulkan bahawa, penulisan jurnal ini dapat menyedarkan pembaca tentang
keperluan dan kepentingan pemikiran kreatif dalam menjana invensyen dan
inovasi. Melalui invensyen dan inovasi yang dibuat pula akan dapat menjana
suatu produk baru yang boleh dibanggakan bukan sahaja oleh individu itu sendiri
tetapi juga boleh dijana sebagai suatu pendapatan yang boleh mengubah ekonomi
individu dan negara. Cadangan menjadikan kreativiti, invensyen dan inovasi
sebagai suatu mata pelajaran dilihat oleh pembaca sebagai berada pada masa yang
sesuai dan ditunggu-tunggu oleh semua.
BIBLIOGRAFI
Ainon Mohd. dan Abdullah Hassan
(2003). Belajar berfikir. Selangor: PTS Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Jamal @ Nordin Yunus, Khuan Wai
Bing, Marinah Awang, Suzyanty Mohd Shokory dan Zuraidah Zainol (2009). Modul
pemikiran kritis dan kreatif. Selangor: Penerbitan Seri Kota.
John Arul Phillips (1997), Pengajaran
kemahiran berfikir; Teori dan amalan.Selangor: Utusan Publications &
Distributor Sdn. Bhd.
Khuan Wai Bing & Omar Abdull
Kareem (2005). Pemikiran & kreativiti; Aplikasi dalam latihan dan
pembangunan. Selangor: Aras Mega (M) Sdn. Bhd.
Mohd. Azhar Abd. Hamid, Sanitah
Mohd. Yusuf, Esa Khalid dan Othman A. Kassim (2003). Kreativiti,
invensyen dan inovasi: Suatu cadangan matapelajaran pada peringkat sekolah
menengah.http://www.scribd.com/doc/9530697/Jurnal-Kreativiti-Invensyen-Inovasi. Diakses pada 22 Januari
2010(Jumaat
......dalam proses blajo menghasilkan blog...aku muat turun sesaper jer hasil tulisan utk dijdkan experiman..
Tq
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteTQ
ReplyDeletetulisan kurang jelas, hm susah nak baca
ReplyDeletetq
ReplyDelete